My Add

Thursday 12 July 2012

Miliki dadah: Pelajar Nigeria dipenjara, disebat

PETALING JAYA, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Seorang pelajar kolej warga Nigeria dihukum penjara enam tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis dan methamphetamine di sebuah pangsapuri, lima bulan lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Odumegbe Chukwudi Micheal, 27, didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 119.1 gram di No. A-20-1 Pangsapuri KOI Kinrara Puchong, Selangor, pada 7.30 pagi, 19 Februari lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia juga didakwa memiliki dadah methamphetamine seberat 0.67 gram, di tempat dan waktu yang sama.

Hakim Balqis Aini Mohd. Ali menjatuhi hukuman penjara enam tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara setahun bagi pertuduhan kedua dan memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Februari lepas.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment