My Add

Monday 16 July 2012

LIMA 2013 dijangka atasi rekod tahun lalu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Edisi ke-12 Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang dijadual Mac tahun depan dijangka mengatasi rekod penyertaan lebih 400 syarikat dan 150,000 pengunjung tahun lalu. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga kini, lebih 60 peratus daripada tapak pameran dijual dengan pihak penganjur menyasarkan peningkatan 10 peratus dari segi jualan tapak. 

Edisi tahun lalu menjana pendapatan kira-kira RM150 juta dari segi ketibaan pelancong di negara ini, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. 

"LIMA meneruskan agenda untuk memberi lebih nilai kepada peserta dengan 'tag-line' 'Delivering Asian Markets', meliputi strategi keseluruhan kita untuk menyediakan platform yang berkesan dan relevan di rantau ini yang dianggap peneraju pertumbuhan bagi industri angkasa dan maritim," katanya. 

Zahid sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penyertaan antara penganjur HW LIMA Exhibitions dan syarikat peneraju industri aeroangkasa dan maritim serta National Aerospace Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dan Boustead Heavy Industries Corporation. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment