My Add

Monday 16 July 2012

Malaysia sasar pendapatan RM6 bilion daripada pelajar luar

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan meraih pendapatan lebih RM6 bilion daripada 200,000 pelajar antarabangsa yang diunjurkan mengikuti pengajian di negara ini menjelang 2020. 

Menteri berkenaan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, unjuran pendapatan itu dibuat berdasarkan purata pendapatan RM30,000 daripada setiap pelajar. 

Beliau yakin sasaran itu boleh dicapai berikutan kejayaan Malaysia meletakkan dirinya sebagai negara yang stabil, selamat dan boleh dikatakan murah bagi pelajar luar negara untuk mengikuti pengajian. 

"Oleh kerana kini Malaysia menjadi destinasi popular bagi pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran, maka semakin banyak universiti ternama dari seluruh dunia berminat membuka kampus cawangan di sini dengan kerjasama universiti dan kolej Malaysia. 

"Diiktiraf sebagai destinasi utama bagi universiti asing, dengan 25 permohonan diterima untuk membuka kampus di sini, membuktikan bahawa minat terhadap sektor pendidikan tinggi di negara ini semakin melonjak dan melihat kepada senario positif ini, kerajaan menjangka menerima lebih banyak permohonan," katanya. 

Khaled berkata demikian pada majlis perasmian Vinayaka Missions International University College dari India di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment