My Add

Thursday 19 July 2012

Lima sekeluarga termasuk bayi maut nahas

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
SRI AMAN, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Lima sekeluarga maut apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pembancuh simen di KM 24, Jalan Sri Aman- Sarikei, di sini kira-kira pukul 9.05 pagi tadi.

Mangsa ialah Rachael Nyaring, 22; isterinya, Santi Minggat, 19; Jamilah Minggat, 24, Jamaah Ali, 42 dan seorang kanak-kanak, Noraini Bagio berusia setahun.

Dua lagi penumpang kereta berkenaan iaitu Salbiah Minggat,19, dan Rizal Mustapha, 1, pula mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad sewaktu dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment