My Add

Thursday 19 July 2012

Kekal dalam perkhidmatan polis

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan perintah terdahulu agar seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor yang dipecat hampir empat tahun lalu, diterima semula berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pangkat yang sama.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali memutuskan demikian selepas menolak rayuan Kerajaan Malaysia dan dua pihak lain.

Mohd. Azuan Aniffa, 44, yang telah berkhidmat selama 22 tahun dalam pasukan tersebut, dipecat pada 26 November 2008 ketika berkhidmat di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan Sistem Maklumat, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dia sebelum itu digantung tugas bermula 18 Disember 2006 sebelum dipecat berdasarkan sepucuk surat bertarikh 28 November 2008 daripada Pengerusi Lembaga Tatatertib Bukit Aman atas alasan mempunyai rekod berhubung sabitan jenayah.

Mohd. Azuan yang merupakan bapa kepada empat orang anak diwakili oleh peguam G. Subramaniam Nair dan Ebrina Zubir manakala pihak perayu diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment