My Add

Saturday 21 July 2012

4 rentung, 4WD bertembung lori

*LORI tangki hangus selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sehingga menyebabkan empat orang terkorban di Kilometer 37 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, semalam.

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI dan SAJIDA ASARULLAH KHAN
JEMPOL, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Sehari selepas kemalangan ngeri berlaku di Sri Aman, Sarawak yang meragut lima nyawa, satu lagi nahas tragis berlaku di sini mengakibatkan empat rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau dekat sini hari ini.

Kemalangan pukul 4.40 petang itu berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki dipercayai membawa muatan diesel.

Sehingga malam ini, identiti kesemua mangsa yang maut belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat yang rentung namun difahamkan, tiga daripada mangsa dewasa manakala seorang lagi kanak-kanak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment