My Add

Saturday 21 July 2012

Tiga hilang, juruterbang terselamat

KANGAR, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Pemohon tanah yang ditawarkan hak pemilikan oleh kerajaan negeri Perlis diberi peluang memilih tiga tempoh masa pajakan yang sesuai dengan kemampuan mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata kerajaan negeri memutuskan tempoh masa pajakan yang boleh dipilih ialah 30 tahun, 60 tahun dan paling lama 99 tahun.

Berucap pada majlis penyerahan surat kelulusan lesen menduduki sementara (TOL) kepada 129 pengusaha tanah di Kawasan Felcra Ulu Pauh Fasa 111 dan 1V di sini malam tadi, beliau berkata pemohon boleh memilih tempoh itu berdasarkan kesesuaian dan keupayaan mereka menjelaskan kos pajakan.

Md Isa berkata bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos pajakan, kerajaan negeri telah membuat keputusan supaya pemohon dibenar membuat bayaran secara ansuran selama 12 bulan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment