My Add

Thursday 26 July 2012

Lupakan ideologi politik sempena Ramadan

SEPANG, RABU, 25 Julai, 2012: Rakyat Selangor terutamanya umat Islam dinasihatkan agar melupakan ideologi dan fahaman politik buat sementara waktu sepanjang Ramadan ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, umat Islam sebaliknya perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada amal ibadat dan mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.

Titah baginda, semua itu bertujuan memperoleh faedah dan kebaikan daripada Allah SWT.

"Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berfikiran positif, bersangka baik, serius dan ikhlas dalam melaksanakan segala kewajipan dan suruhan Allah.

"Beta berharap kita semua akan dapat menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ini dengan sebaik mungkin," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian Masjid Kampung Pulau Meranti sempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya, di sini malam ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment