My Add

Thursday 26 July 2012

Bantah ambil alih Syabas

*DEMONTRASI aman oleh kakitangan Syabas yang membantah cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih syarikat tersebut di hadapan pintu pagar utama Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam.

Oleh FATIN AINAA FAUDZI
SHAH ALAM, RABU, 25 Julai, 2012: Kira-kira 170 kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini mengadakan demonstrasi aman membantah cadangan pengambilalihan pengurusan syarikat itu oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.

Demonstrasi aman itu diadakan di luar pintu pagar utama Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 1.15 petang.

Semasa demonstrasi berlangsung, kesemua kakitangan Syabas terlibat yang juga merupakan ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (KPPPuas) turut membawa kain rentang yang antaranya bertulis 'Kami sokong pengurusan masa kini Syabas' dan 'Kami mahu pengurusan Syabas dikekalkan'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment