My Add

Friday 13 July 2012

Malaysia bimbang situasi di Syria: Anifah Aman

KUALA LUMPUR, JUMAAT: Malaysia berasa bimbang dengan perkembangan di Syria susulan keganasan yang semakin buruk dan mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa, kata , 13 Julai, 2012Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Meluahkan kebimbangan itu pada permukiman Forum Serantau Asean (ARF) di Phnom Penh, Vietnam semalam, Anifah juga menggesa masyarakat antarabangsa memberi perhatian kepada isu Palestin yang memberi impak lebih besar kepada dunia.

 "Adalah amat penting langkah diambil untuk menyelesaikan isu ini. Paling penting, Israel harus mengakui dengan kemunculan Arab Spring, dinamik di Timur Tengah sudah berubah dan Israel juga mesti berubah bersamanya," katanya yang dipetik daripada kenyataan Wisma Putra, di sini, hari ini. 

ARF yang disertai menteri luar dari 27 negara anggota turut mendengar gesaan beberapa anggota dan dipersetujui Malaysia, supaya perbincangan enam pihak membabitkan isu Semenanjung Korea disambung semula. 

Forum itu turut memuji perkembangan di Myanmar dan menggesa negara yang mengenakan sekatan terhadap negara tersebut menarik balik sekatan mereka. 

Terdahulu ketika menghadiri jamuan tengah hari Mesyuarat Menteri-menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS-FMM), Anifah berkata, Malaysia sedang bekerjasama dengan Sekretariat menggubal pelan tindakan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang memperinci tindakan untuk dilaksana peringkat negara, rantau dan antarabangsa. 

Beliau turut menggalakkan negara anggota EAS mengiktiraf 'National Focal Points' yang akan meneraju semua usaha berkaitan GMM. 
Saranan itu disambut baik negara anggota EAS. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment