My Add

Wednesday 11 July 2012

Malaysia jadi negara menua 18 tahun lagi - Seai Kie

KUALA LUMPUR, RABU, 11 Julai, 2012: Malaysia akan menjadi sebuah negara menua menjelang tahun 2030 dan ia merupakan satu cabaran kepada kerajaan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie.

Beliau berkata, ini kerana dalam tempoh 18 tahun akan datang, 15 peratus daripada populasi penduduk negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Malaysia mencapai tahap negara menua hanya dalam tempoh 26 tahun, lebih cepat jika dibanding dengan negara Eropah yang mengambil masa 100 tahun untuk mencapai tahap menua, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Penuaan Penduduk: Isu dan Cabaran di Universiti Malaysia di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tan Sri Napsiah Omar dan Ketua Pengarah LPPKN Datuk Aminah Abdul Rahman.

Seai Kie berkata, menyedari hakikat itu, kerajaan telah meluluskan penambahbaikan Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas pada 5 Jan 2001 yang menekankan kepada pendekatan pembangunan modal insan sepanjang hayat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment