My Add

Monday 16 July 2012

Masih gagal tangani isu sampah

KUALA LUMPUR. AHAD, 15 Julai, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa masih gagal menangani isu sampah namun dilihat semakin ghairah mengaut keuntungan melalui cara yang paling licik.

Blog Sel13.com mendakwa, kerajaan PKR mengaut keuntungan dengan mewujudkan kerja sebanyak-banyaknya atau kepada seramai mungkin kroni mereka bagi tujuan menyamun wang rakyat melalui pembahagian kerja pembersihan dan kutipan sampah.

"Di Selangor, antara kaedah paling popular untuk pakatan pembangkang mengumpul dana adalah dengan membahagi-bahagikan wang kontraktor sampah dan pembersihan sisa pepejal sesama sendiri sebelum kesemua wang tersebut mengalir ke tabung parti,'' kata blog itu dalam entri terbarunya hari ini.

Sebab itulah katanya, pakatan pembangkang berusaha 'mematikan' Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) di Selangor kerana duit peruntukan beratus juta ringgit daripada Kerajaan Pusat untuk kontrak sampah dan sisa pepejal akan mencurah masuk ke dalam tabung pakatan pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment