My Add

Monday 16 July 2012

Ipoh Timor boleh ditawan

*MOHD. Shafie Apdal diiringi Azian Osman (tiga dari kiri) berjalan keluar sambil bersalam dengan ahli-ahli UMNO selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timor di Ipoh, semalam.

Oleh AMIZUL TUNIZAR 
AHMAD TERMIZ
IPOH. AHAD, 15 Julai, 2012: Penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal menghadapi tentangan hebat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ipoh Timor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berikutan terdapat pertambahan sokongan pengundi Cina di kawasan itu terhadap Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, walaupun kerusi Parlimen Ipoh Timor dianggap sebagai kubu kuat DAP, tidak mustahil ia boleh dirampas oleh BN seperti yang pernah berlaku di kerusi Parlimen Marang, Terengganu sebelum ini yang disifatkan kubu kuat Pas.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, dalam politik tidak timbul soal mengalah sebelum berjuang walaupun sesebuah lokaliti itu diletakkan sebagai kawasan hitam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment