My Add

Tuesday 17 July 2012

Mekanisme majukan harta wakaf akan diwujudkan

PUTRAJAYA, ISNIN, 16 Julai, 2012: Kerajaan akan mewujudkan satu mekanisme yang sesuai bagi memastikan harta wakaf dapat dimajukan selaras dengan pembangunan ummah dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini kerana kerajaan menyedari peranan harta wakaf sangat penting dalam pembangunan ekonomi ummah.

"Setakat ini, peranan itu dimainkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) tetapi dalam era globalisasi hari ini, menjadi satu keperluan untuk kita mencari satu mekanisme yang mampu menangani cabaran tersebut.

"Dalam masa sama, para pewakaf juga ingin melihat pembangunan yang dilakukan terhadap harta yang diwakafkan oleh mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf Menjana Ekonomi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, Majlis Universiti Islam Malaysia kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menubuhkan UIM.

"Perbincangan itu bagi menentukan sama ada UIM menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) swasta atau awam dan selepas itu, saya akan bentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan kelulusan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment