My Add

Tuesday 17 July 2012

PDRM, ATM ganding kepakaran tingkat kerjasama di KLIA

SEPANG, ISNIN, 16 Julai, 2012: Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikukuhkan lagi menerusi peningkatan sistem komunikasi dua hala kedua-dua pasukan keselamatan itu semasa berkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan itu, kedua-dua pasukan menggunakan peralatan komunikasi baru yang dibangunkan oleh syarikat teknologi tempatan iaitu Sapura.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, PDRM dan ATM akan menerima arahan yang sama dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian.

Katanya, arahan daripada sumber yang sama mampu mempercepatkan tempoh respons kedua-dua pasukan keselamatan itu untuk tiba di tempat kejadian lebih pantas.

"Masa respons yang pantas amat penting bagi pasukan keselamatan seperti polis, ATM, Majlis Keselamatan Negara, Kastam dan Imigresen, terutamanya dalam menangani isu keselamatan di lapangan terbang," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Komunikasi Bersepadu PDRM dan ATM di KLIA hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment