My Add

Saturday 14 July 2012

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN, tiada kenyataan bersama

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-45 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, selama lima hari, berakhir hari ini tanpa persetujuan meluluskan kenyataan bersama. 

Menurut satu kenyataan Kementerian Luar, kegagalan mengeluarkan kenyataan bersama itu madalah yang pertama kali dalam sejarah ASEAN dan ia disebabkan tiada kata sepakat dalam kenyataan bersama yang mengandungi seksyen mengenai Laut China Selatan.

"Malaysia sentiasa menitikberatkan perpaduan di antara negera-negara ASEAN. Oleh itu kegagalan berkenaan dianggap perkara serius yang mengecewakan dan tidak seharusnya berlaku," menurut kenyataan itu.

Malaysia berpendirian bahawa penting bagi mesyuarat itu mengeluarkan kenyataan bersama yang menggariskan prinsip utama penyelesaian pertikaian melalui rundingan damai berpaksikan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut 1982 (UNCLOS). 

"Walaupun tiada kenyataan bersama dikeluarkan, Malaysia secara amnya berpuas hati dengan hasil mesyuarat itu kerana isu-isu yang dibawa oleh negara ini berjaya mendapat persetujuan Menteri-Menteri Luar ASEAN," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment