My Add

Friday 20 July 2012

MIC tanding 9 kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: - Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel (gambar) berkata, MIC akan tetap bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 17 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, MIC juga tidak memohon sebarang kerusi tambahan tetapi menyerahkan kepada Perdana Menteri sekiranya pertukaran kerusi perlu dilakukan.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membidas laporan kononnya MIC semakin lemah dan bakal kehilangan beberapa kerusi pada PRU nanti.

"Tidak ada sebarang perubahan dalam ketetapan kerusi tersebut seperti mana menjadi pegangan politik BN selama ini," katanya dalam satu kenyataan berhubung kerusi yang akan ditandingi parti itu.

Sambil membidas pihak-pihak tertentu yang memainkan isu tersebut, beliau berkata MIC tidak perlu memberi tumpuan terhadap sebarang berita palsu atau khabar angin yang tidak berasas.

Mengenai pertukaran kerusi di kalangan parti komponen, Palanivel menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengadakan perbincangan bersama ketua komponen BN.

"Malah MIC menjadi parti pertama yang mencadangkan proses pertukaran kerusi di kalangan parti komponen selaras dengan tuntutan politik semasa," katanya.

Beliau juga meminta ahli-ahli MIC di peringkat akar umbi tidak terpedaya dengan laporan tidak tepat berhubung kedudukan kerusi sebaliknya mempertingkat dan memperkasakan lagi perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya, jentera MIC di peringkar akar umbi sentiasa bersedia menghadapi cabaran PRU dan yakin BN akan mendapat satu keputusan yang lebih baik berbanding keputusan PRU 2008.

"Saya lebih memahami situasi di peringkat akar umbi. Dalam politik tak perlu kita jelaskan atau mendedahkan strategi secara umum. Biarkan pihak pembangkang membuat penilaian tersendiri. Kami mempunyai perancangan politik yang mantap dan terkawal," katanya lagi.

Pada PRU lalu, MIC menang di tiga kawasan Parlimen dan tujuh DUN. Namun parti itu berjaya merampas semula Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil pada 2009 menerusi calonnya, P. Kamalanathan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment