My Add

Friday 20 July 2012

Fuziah terus didesak mohon maaf kepada Lynas

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
KUANTAN, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini terus mendesak Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh supaya memohon maaf kepada Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) berhubung kesilapan tentang pembohongan fakta tanpa asas saintifik mengenai kilang memproses nadir bumi itu.

Mereka mahu Fuziah dan kumpulan anti-Lynas mencontohi portal berita, Free Malaysia Today yang memohon maaf secara terbuka kelmarin.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kuantan, Ezad Zainal berkata, Fuziah perlu memohon maaf kepada Lynas dan seluruh rakyat Kuantan atas pembohongan dilakukannya.

Jelas sekali katanya, Ahli Parlimen Kuantan itu telah mengetepikan kajian dan pendapat daripada pakar bertauliah yang telah mengesahkan keselamatan kilang memproses nadir bumi yang terletak di Gebeng. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment