My Add

Wednesday 18 July 2012

MTRK pertimbang saman Pas Kelantan

KOTA BHARU, SELASA, 17 Julai, 2012: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) sedang menimbang untuk menyaman kerajaan Pas Kelantan kerana gagal menyediakan bekalan air bersih yang mencukupi kepada rakyat negeri ini.

Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, kegagalan kerajaan Pas Kelantan tersebut mendedahkan rakyat negeri ini kepada pelbagai risiko jangkitan penyakit bawaan air kerana terpaksa menggunakan sumber air tidak bersih.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengumpul segala dokumen dan bukti-bukti sebelum tuntutan saman tersebut difailkan dalam waktu terdekat.

“Kita sudah mendapat bukti (kesan penggunaan air tidak bersih) dan dokumen sedang disiapkan," katanya pada Majlis Kesyukuran MTRK di sini malam tadi.

Azmi berkata, pihaknya tidak akan berhenti daripada mendesak kerajaan negeri supaya segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang terus menghimpit kehidupan rakyat Kelantan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment