My Add

Tuesday 17 July 2012

Portal berita FMT mohon maaf kepada Lynas

KUALA LUMPUR, SELASA,17 Julai, 2012: Portal berita Free Malaysia Today (FMT) hari ini memohon m aaf kepada Lynas Corporation Limited kerana sebelum ini menerbitkan artikel-artikel yang mendakwa bahawa kilang memproses nadir bumi milik syarikat itu tidak selamat.

Mtoday News Sdn. Bhd. yang mengoperasikan FMT dalam satu kenyataan ringkas di portal itu berkata, pihaknya memohon maaf atas semua penerbitan mengenai Lynas memandangkan dakwaan-dakwaan yang diterbitkan tiada asas saintifik.

“Kajian mengenai peraturan kilang memproses Lynas telah dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci," jelas kenyataan itu.

Permohonan maaf oleh portal berita itu dikeluarkan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment