My Add

Wednesday 18 July 2012

Najib lancar komponen akhir Skim Persaraan Swasta

*PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Pentadbiran Pencen Swasta dan penubuhan Skim Pencen Swasta di Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Julai, 2012: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan komponen akhir skim persaraan swasta menerusi penubuhan Pentadbir Pencen Swasta.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, komponen itu juga dilengkapkan lagi dengan kelulusan set pertama skim berkenaan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan pembangunan industri pencen swasta amat penting bagi memenuhi keperluan persaraan semua rakyat.

 "Harapan saya adalah memastikan semua generasi Malaysia mempunyai simpanan aset kewangan yang mencukupi bagi membolehkan mereka menikmati sepenuhnya persaraan mereka nanti. 

"Matlamat kita juga adalah untuk mempunyai kerangka kerja persaraan pelbagai tunggak yang cergas dan mampan bagi manfaat generasi akan datang ," katanya dalam ucap tama pada majlis pelancaran Skim Persaraan Swasta di Kompleks Suruhanjaya Sekuriti, di Bukit Kiara di sini.

Skim Persaraan Swasta yang juga skim simpanan persaraan sukarela yang dibentuk penyedia dana sektor swasta yang mendapat lesen dan kelulusan SC itu bertujuan memberi saluran tambahan kepada pekerja dan mereka yang bekerja sendiri untuk membuat simpanan persaraan mereka.

Najib berkata, sebagai insentif penyertaan dalam skim ini, individu diberikan pelepasan cukai sehingga RM3,000 manakala majikan diberikan potongan cukai ke atas caruman yang dibuat ke atas pekerja mereka, di atas kadar yang diwajibkan dan sehingga 19 peratus gaji pekerja. - BH

No comments:

Post a Comment