My Add

Thursday 12 July 2012

Najib lancar Pelan Induk PKS 2012-2020

PUTRAJAYA, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2012-2020 dengan matlamat meningkatkan pertumbuhan perniagaan, menambah bilangan syarikat yang mempunyai pertumbuhan tinggi serta berinovasi, meningkatkan tahap produktiviti dan mempergiat formalisasi perniagaan.

Najib berkata, semua empat matlamat itu akan menyumbang kepada visi Pelan Induk berkenaan untuk melahirkan PKS yang berdaya saing di peringkat global bagi meningkatkan kekayaan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, Pelan Induk PKS 2012-2020: Memangkin Pertumbuhan dan Pendapatan itu akan melakar hala tuju PKS dengan menyasarkan peningkatan sumbangan PKS kepada KDNK daripada 32 peratus pada tahun 2010 kepada 41 peratus pada tahun 2020. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment