My Add

Saturday 21 July 2012

Peguam kanan didakwa lakukan urus niaga dalaman

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Peguam korporat terkemuka, Datuk E. Sreesanthan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan urus niaga dalaman membabitkan beratus-ratus ribu unit saham beberapa buah syarikat antara 2006 dan 2008.

Beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut yang didakwa melibatkan saham-saham Sime Darby Bhd. (Sime Darby), Maxis Corporation Bhd. (Maxis), UEM World Bhd. (UEM) dan VADS Bhd.

Sreesanthan, 52, yang berkhidmat sebagai peguam sejak 23 tahun lalu menghadapi tiga pertuduhan memperoleh 75,000 unit saham Sime Darby antara 9 Oktober 2006 dan 14 November 2006 ketika mempunyai maklumat yang tidak boleh didapati secara umum untuk syarikat tujuan khas, Synergy Drive Sdn. Bhd. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment