My Add

Wednesday 18 July 2012

Peguam tak mahu layan, Papagomo beri Izzah amaran

SHAH ALAM, RABU,  18 Julai, 2012:Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak mahu layan laporan terbaru blog Papagomo kelmarin sementara pemblog itu memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar menanti "tamparan maut" dalam waktu terdekat.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online, Sankara Nair berkata, "kami tidak mahu mengulas laporan-laporan Papagomo yang tidak boleh dipercayai."

"Kami tahu laporan itu tidak benar, ini yang boleh kami katakan buat masa sekarang," kata beliau yang bertindak sebagai salah seorang peguam utama Anwar sejak lebih sedekad lalu.

Anwar dijangka mengeluarkan reaksi berkenaan laporan itu, hari ini.

Beliau akan muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini sebagai saksi pertama dalam kes saman fitnah.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadapUtusan Malaysia berkaitan isu memutar isi kenyataan beliau dalam wawancara BBC," kata kenyataan Biro Komunukasi PKR.

Semalam, pihak polis memberitahu pihaknya tidak menerima apa-apa aduan berkenaan dakwaan meliwat melibatkan Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu diperoleh ekoran laporan blog itu bahawa seorang mahasiswa di utara Semenanjung membuat laporan polis terhadap Anwar kelmarin.

Ekoran kenyataan polis itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditemui wartawan di Pulau Pinang berkata, beliau hairan mengapa pemblog-pemblog seperti Papagomo yang memfitnah pemimpin-pemimpin PR tidak dikenakan sebarang tindakan.

Mengulas kenyataan itu, menerusi entri terbarunya, Papagomo berkata, "sungguh lantang suara Izzah dalam gelagatnya cuba menghilangkan kebimbangan hati beliau tentang perangai bapanya Anwar Ibrahim."

"Wahai Nurul Izzah janganlah bersikap hipokrit dalam memperjuangan keadilan dalam arena politik Malaysia.

"Jika anda menuntut tindakan diambil ke atas Papagomo mengapa anda tidak pula mendesak bapa anda Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman ke atas (ahli perniagaan yang bertindak sebagai Datuk K) Datuk Eskay, Papagomo dan rangkaian blogger yang lain?

" katanya sambil menyoal mengapa hanya mendesak satu pihak dan kemudiannya menyalahkan pihak kerajaan terutamanya Umno apabila sesuatu isu timbul berkaitan Anwar.

"Gomo malas nak ulas panjang berkenaan pekara ini, namun amaran buat Nurul Izzah kerana dalam minggu ini Gomo akan berikan satu tampatan maut untuk Nurul Izzah agar bersedia dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang menasihati bapanya," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment