My Add

Thursday 26 July 2012

Peluang perniagaan RM13 bilion dijana untuk bumiputera

PUTRAJAYA, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peluang perniagaan berjumlah kira-kira RM13 bilion telah dijana untuk manfaat Bumiputera menerusi inisiatif yang dilancarkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Perdana Menteri berkata, inisiatif yang dilancarkan Teraju, yang ditubuhkan Februari lalu berpandukan pada hala tuju transformasi ekonomi Bumiputera yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

Antara inisiatif yang menyumbang kepada jumlah itu ialah melalui dasar untuk memberi peluang secara “carve out" kepada syarikat-syarikat bumiputera yang terlibat dalam projek Transit Pantas Massa (MRT) melalui MRT Corporation Sdn. Bhd.

"Sehingga ini, 47 peratus daripada jumlah pakej, ditawarkan kepada syarikat-syarikat bumiputera, iaitu melebihi sasaran 43 peratus yang ditetapkan," katanya pada sidang akhbar di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat ke-tiga Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) di sini.

Najib berjata, mengikut unjuran ketika ini, jumlah keseluruhan pakej itu bernilai kira-kira RM9.3 bilion, yang menyaksikan jumlahnya melangkaui sasaran RM8.5 bilion.

Menurutnya, kerajaan berpuas hati dengan jumlah itu, bukan sahaja dari segi jumlah besar yang berjaya diagih, tetapi juga dari segi proses penentuan syarikat-syarikat berkenaan yang dibuat dengan cara yang begitu telus, berdasarkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang terbaik dari kalangan syarikat bumiputera. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment