My Add

Thursday 26 July 2012

Kapal tangki milik MISC terbakar di Labuan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Sebuah kapal milik MISC Berhad yang membawa bahan kimia dan minyak sawit terbakar di Labuan, awal pagi ini.

Kapal "Bunga Alpinia" mempunyai dengan 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam Filipina.

"Pada masa ini, 24 anak kapal telah selamat dibawa ke pantai," katanya.

Kapal tersebut berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn. Bhd. apabila kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi.

"Tiada butiran lanjut mengenai kejadian diperoleh setakat ini," kata kenyataan itu.

MISC berkata, semua pihak berkuasa telah diberitahu mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang bekerjasama untuk memberi bantuan yang sewajarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment