My Add

Thursday 12 July 2012

Pemanah 12 tahun raih emas acara 70m recurve wanita

KUANTAN, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Pemanah cilik dari Terengganu, Nuramalia Haneesha Mazlan melakar kejutan dengan meraih pingat emas dalam acara 70 meter Recurve individu wanita pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Pahang ke-15 di sini hari ini. 

Hanya berbekalkan latihan selama enam bulan, Nuramalia Haneesa nyata menyerlah apabila mengalahkan pemanah dari Melaka dan Johor dengan pungutan 299 mata. "Ketika di 'first end' (pusingan), saya tidak begitu yakin, tetapi saya dapat membuat panahan terbaik ketika di'last end'. 

"Jumlah mata panahan saya di 'last end' banyak membantu memberi kejayaan. Kejohanan Sukma kali ini merupakan penampilan pertama dan gembira dapat sumbang satu pingat emas kepada Terengganu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sementara itu, Nuratiqah Azizi dari Melaka dan Nurhuda Azida Zolkifli dari Johor, masing-masing di tempat kedua dan ketiga berkongsi jumlah mata yang sama sebanyak 296. 

Bagaimanapun, Nuratiqah mempunyai kelebihan lapan mata berbanding Nurhuda dua mata di bulatan panahan '10s' pada kejohanan itu. 

Nuramalia Haneesa berkata, beliau mula berjinak-jinak dalam sukan memanah seawal usia sembilan tahun dan bercita-cita mahu menjadi seorang atlet pemanah negara seperti Cheng Chu Sian. 

"Sasaran saya lepas ini dapat tersenarai dalam skuad kebangsaan dan mewakili negara dalam temasya yang lebih mencabar di masa akan datang," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment