JOHOR BAHRU, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO Johor Baharu hari ini memberi bantuan kelengkapan sekolah kepada tiga beradik yang dibawa pulang dari Lampung, Indonesia, oleh bapa mereka baru-baru ini, sebagai persediaan memasuki sekolah, Isnin depan.
Ketuanya, Khalid Mohamad berkata, bantuan berupa kasut, pakaian dan beg sekolah diserahkan kepada Nurul Safiza Fitri, 11, Muhammad Nurhan, sembilan tahun dan Nurmasyita Amiera, lapan tahun, untuk meringankan beban bapa tiga beradik itu, Nordi Adi, 57, dalam rusan persekolahan mereka. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment