My Add

Thursday 5 July 2012

jangan terpedaya imbuhan RM3,000: Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Julai, 2012; Pesara tentera tidak berpencen diminta supaya tidak terpengaruh dengan agenda sesetengah pihak menyebarkan borang bantuan sebanyak RM3,000, seperti yang pernah dituntut mereka sebelum ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sebelum ini pernah mengemukakan isu bantuan tersebut kepada jemaah menteri, namun ia tidak dapat dipertimbangkan sekarang.

"Jika ada individu atau persatuan-persatuan tidak berdaftar mengedarkan borang kononnya kerajaan mahu beri bantuan RM3,000, saya harap jangan percaya perkara ini...tak perlu isi pun.

"Saya tahu harapan mereka (pesara tidak berpencen) terlalu tinggi. (Tetapi) borang itu dipercayai diberikan oleh individu daripada persatuan-persatuan yang menjadi tunggangan parti politik tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan cek Rayuan Hari Pahlawan 2011 (RHP) berjumlah RM1.4 juta kepada 52 persatuan dan kelab veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara dan RM1.56 juta turut diagihkan kepada cawangan Persatuan Bekas Tentera Malaysia serta pertubuhan atau kelab lain. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment