My Add

Friday 13 July 2012

Penderitaan Naqisah dapat perhatian Najib

KUALA TERENGGANU, JUMAAt, 13 jULAI, 2012: Penderitaan veteran UMNO, Naqisah Yusof, 68, yang menghidap angin ahmar mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menziarahi beliau di rumahnya di Kampung Bukit Payong di sini hari ini. 

Najib mengunjungi bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Bukit Payong itu selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Payong. Naqisah yang kini menggunakan kerusi roda melahirkan rasa syukur dan terharu atas kesudian Perdana Menteri meluangkan masa untuk bertanya khabar akan keadaan diri dan keluarganya. 

"Makcik sangat terharu dapat melihat Perdana Menteri depan mata dan sudi datang ke rumah ini,” katanya di sini hari ini. 

Suaminya, Salleh Mohamad, 72, pula berkata kunjungan pemimpin nombor satu negara itu adalah satu kenangan manis buat mereka sekeluarga. 

Pengerusi Tetap UMNO Marang itu berkata, isterinya mengalami kelumpuhan badan sejak tujuh tahun lalu. 

"Terima kasih atas kunjungan Perdana Menteri pada hari ini. Kehadiran beliau benar-benar mencipta sejarah buat kami sekeluarga," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment