My Add

Thursday 26 July 2012

Penganjur Olimpik London minta maaf silap letak bendera

LONDON, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Penganjur Sukan Olimpik London hari ini meminta maaf selepas kekeliruan penggunaan bendera Korea Utara yang menyebabkan pasukan bola sepak wanitanya beredar meninggalkan padang sekali gus mencacatkan permulaan temasya berprestij itu. 

Gambar pemain pasukan Korea Utara diletakkan di sebelah bendera kebangsaan Korea Selatan pada skrin gergasi ketika perlawanan pembukaan menentang Colombia di Hampden Park, Glasgow, Scotland, semalam.

Skuad Korea Utara beredar meninggalkan padang tetapi dipujuk kembali sejam kemudian apabila nama mereka diumumkan semula dengan wajah setiap pemain diletakkan di sebelah bendera yang betul. - AFP 

No comments:

Post a Comment