My Add

Wednesday 18 July 2012

Pengawal keselamatan warga asing diberi latihan: PDRM

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Julai, 2012: Semua pengawal keselamatan termasuk warga asing akan diberi latihan asas kepolisan sebagai persediaan menangani perlakuan jenayah di pusat beli-belah. 

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, latihan meliputi antara lain aspek pertahanan diri dan pertolongan cemas bagi memastikan keberkesanan langkah terbabit. 

"Ini bukan sekadar latihan biasa, tetapi kita akan latih mereka untuk mahir dalam memberikan pertolongan sekiranya berlaku kecemasan serta bagaimana mengesan penjenayah di pusat beli-belah," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di pusat beli-belah Mid Valley, di sini hari ini. 

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang antara lain berkata, semua pengawal keselamatan di pusat beli-belah di seluruh negara akan diberi latihan oleh Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangani jenayah di premis terbabit. 

Pada masa yang sama Mortadza turut mencadangkan agar pusat beli-belah sediakan kawasan parkir khas untuk wanita bagi menangani kes jenayah terhadap kaum hawa yang banyak dilapor sejak kebelakangan ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment