My Add

Thursday 19 July 2012

Penghargaan kepada kakitangan yang tidak ambil cuti sakit

PUTRAJAYA, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Kakitangan Kementerian Kesihatan yang tidak pernah mengambil cuti sakit atau MC sepanjang tahun akan diberikan penghargaan sebagai menyokong kegigihan mereka menjaga kesihatan, kata Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata, inisiatif itu yang akan bermula tahun ini dan dinilai tahun depan diharap akan membangkitkan semangat untuk mereka menjaga kesihatan yang sekaligus dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang.

"Mereka akan menerima sijil penghargaan, berpeluang mengikuti kursus jangka pendek serta insentif-insentif lain yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Kemerdekaan ke-55 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian di sini hari ini. 

Seramai 688 kakitangan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang. 

Liow berkata, penghargaan untuk kakitangan yang tidak mengambil cuti sakit adalah kali pertama diadakan kementerian dan beliau berharap ia akan menjadi ikutan pihak lain. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment