My Add

Monday 2 July 2012

Penumpang terkandas akibat gangguan elektrik

GEORGETOWN, ISNIN, 02 Julai, 2012: Beratus-ratus penumpang tiga pesawat antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) terkandas lebih sejam pagi ini, apabila berlaku gangguan bekalan elektrik di kaunter pemeriksaan imigresen di lapangan terbang itu.

Penumpang penerbangan ke Thailand, Hong Kong dan China serta sebuah penerbangan yang tiba dari Jakarta terkandas mulai pukul 7.45 pagi tadi.

Bagaimanapun, kesemua penerbangan itu dapat berlepas ke destinasi masing-masing kira-kira pukul 9.15 pagi setelah bekalan elektrik di lapangan terbang itu pulih. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment