My Add

Monday 2 July 2012

Tiada tempoh peralihan untuk pamer logo halal: JAKIM

KUANTAN, ISNIN, 02 Julai, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak akan bertolak ansur dengan pemilik premis yang masih belum menukar atau memohon sijil dan logo halal Jakim, disebabkan mereka sudah diberi tempoh yang mencukupi untuk berbuat demikian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini Jakim memberi kelonggaran kepada pemilik premis selama enam bulan untuk berbuat demikian, selepas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dikuatkuasakan pada 1 Jan lalu.

"Kerajaan akan terus menguatkuasakan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kerana tempoh enam bulan yang diberikan telah tamat.

"Sepatutnya pengusaha premis makanan termasuk perniagaan berasaskan farmaseutikal dan kosmetik telah menukar sijil halal mereka yang dikeluarkan oleh agensi lain kepada sijil halal Jakim dalam tempoh itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment