My Add

Tuesday 3 July 2012

Perkasa buat laporan polis terhadap Royalti


*AZMAN Yazid menunjukkan gambar Sultan Kelantan yang disalahgunakan oleh penyokong NGO pro-Pas selepas membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, ISNIN, 02 Julai, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Bharu di sini hari ini terhada Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan (Royalti) yang didakwa menggunakan nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam pergerakan politik mereka.

Laporan tersebut dibuat Ketua Wira Perkasa Kelantan, Azman Yazid, 32, kira-kira pukul 2 petang ini bersama beberapa ahli Perkasa yang lain.

Azman ketika ditemui berkata, beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan memandangkan dakwaan Royalti yang mengaku mendapat sokongan Sultan Muhammad V, justeru mana-mana pihak yang tidak menyokong pergerakan itu secara tidak langsung menderhaka kepada baginda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment