My Add

Tuesday 3 July 2012

Tonjol calon MB Kedah untuk yakinkan rakyat

ALOR SETAR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Siapa bakal Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) merampas negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 perlu digambarkan lebih awal bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap kerajaan baru yang akan dibentuk.

Seorang pemerhati politik, Datuk Dr. Nordin Yunus berkata, BN mempunyai peluang cerah untuk menawan Kedah memandangkan rakyat sudah memahami sejauh mana kemampuan kerajaan negeri sedia ada mentadbir.

"Gambaran lebih jelas siapa yang bakal diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN memikul tanggungjawab mengemudi kerajaan negeri jika parti itu menang PRU-13, akan memberi satu keyakinan kepada rakyat mengenai hala tuju Kedah termasuk aspek pembangunan.

"Pada masa ini rakyat Kedah tertanya-tanya siapakah yang bakal dilantik kerana beberapa nama dikaitkan dengan jawatan itu. Keadaan ini boleh menimbulkan keraguan bagi mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment