My Add

Friday 13 July 2012

PNSB tanggung hutang RM316 juta?

*CHUA Tee Yong (dua dari kanan) menunjukkan antara salinan dokumen pembelian tanah kerajaan negeri Selangor daripada Talam di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh MARZITA ABDULLAH 
KUALA LUMPUR KHAMIS,, 12 Julai, 2012: Setelah membuat beberapa pendedahan sebelum ini, Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong tampil sekali lagi mendakwa sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor terpaksa menanggung beban hutang berjumlah RM316 juta untuk membayar balik hutang hasil pembelian aset Talam Corporation Bhd. (Talam).

Beliau berkata, Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB), iaitu anak syarikat milik penuh kerajaan negeri yang sebelum ini bebas hutang dan mempunyai simpanan kira-kira RM76 juta, terpaksa membuat pinjaman itu bagi membayar balik kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang telah menjual aset berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment