My Add

Thursday 5 July 2012

Polis tahan 100 bookie Euro 2012 libatkan wang RM49.9 juta

*MOHD. Bakri Mohd. Zinin menunjukkan gambar barangan rampasan hasil Ops Soga Euro 2012 pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir pegawai dari bahagian D7, Supritendan Mohd. Azlin Sadar.

WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS 
KUALA LUMPUR, RABU, 04 Julai, 2012: Polis menahan 100 bookie selain empat orang kenamaan (VIP) yang dikenal pasti sebagai dalang sindiket perjudian bola sepanjang Ops Soga yang dilancarkan sempena kejohanan bola sepak Euro 2012 bermula 1 Mei sehingga kelmarin.

Daripada jumlah itu, seramai 83 lelaki dan 17 wanita termasuk dua warga Singapura dan dua warga Indonesia berusia 20 hingga 65 tahun telah diberkas dalam 61 serbuan.

Polis turut berjaya menyelamatkan nilai wang pertaruhan yang dianggarkan bernilai RM49.9 juta dalam keseluruhan 148 serbuan di seluruh negara.

Dalam operasi yang diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, sebanyak RM78,160 wang tunai dirampas.- UTUSAN.

No comments:

Post a Comment