My Add

Thursday 5 July 2012

PR: Pendirian Anwar 'keputusan berani'

Datuk Mahfuz Omar
JAMILAH HAMZAH
SHAH ALAM, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Pakatan Rakyat (PR) berpandangan jika benar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bersara jika perikatan itu masih gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ia satu keputusan yang berani.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar (gambar) dipetik Sinar Harian sebagai berkata, pendirian Anwar itu menunjukkan beliau mempunyai sikap yang berani dan semangat sedemikian perlu dimiliki oleh semua pemimpin.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Anwar seorang ketua yang berani mengambil tanggungjawab untuk menghadapi perkara tersebut secara bersendirian.

"Bahawa beliau nak bersara, itu menunjukkan sikap 'gentleman' Anwar dan sikap ini juga perlu ada pada semua pemimpin.

"Beliau mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin PR jika menghadapi kegagalan pada PRU kali ini adalah tindakan yang gentlemen," katanya.

Menurutnya lagi, beliau menghormati pendirian Ketua Pembangkang dan contoh seperti itu diperlukan kepada semua pemimpin politik yang sanggup menggalas tangunggjawab sendiri.

"Saya hormat pendirian beliau dan keputusan itu baik, ini yang kita nak, semua pemimpin politik mengambil tanggungjwab sendirian bukan tanggungjawab bersama kerana itu adalah berbeza," katanya lagi.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh menerima dengan lapang dada jika itu keputusan yang dipilih oleh Anwar, Ketua Umum PR, apabila gagal menawan Kerajaan Pusat pada PRU13.

Fuziah juga berkata, kalau pilihan raya adil dan bebas, media juga perlu bebas dan amalan politik longkang dan serangan peribadi tidak perlu dijadikan amalan dan rakyat perlu diberi hak membuat keputusan barulah beliau berlapang dada menerimanya.

"Pada pandangan saya, apa yang dimaksudkan Anwar, hanya rakyat yang berhak akan membuat keputusan dan memberi peluang kepada kami untuk memimpin negara kelak.

"Saya lapang dada sekiranya Anwar telah memilih keputusan itu jika parti yang dipimpinnya tak berjaya menawan Putrajaya pada PRU ini," katanya.

Fuziah juga berkata, namun begitu beliau berpendapat sekiranya apa jua yang diusahakan Anwar tetap menemui kegagalan, mereka bolehlah memikir apa yang terbaik untuk diri masing-masing dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan kelak.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, penyataan Anwar dalam media adalah satu spekulasi kerana beliau tidak pernah dengar daripada Anwar mengenai keputusan itu.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong enggan mengulas dan beliau hanya menganggap itu satu spekulasi media kerana tidak ada bukti yang sah yang diberikan oleh Anwar kepada PR.

"Saya telah banyak kali berjumpa dengan beliau, namun Anwar tak pernah menyuarakan hasrat tersebut.

"Oleh itu, tiada bukti yang sah tentang spekulasi yang dkeluarkan media semalam," katanya.

Laporan media menyebut Anwar menimbang akan bersara daripada politik jika PR yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada PRU13 dan pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.

No comments:

Post a Comment