My Add

Thursday 5 July 2012

'Saya sedia lepaskan jawatan jika diarah'

ALOR SETAR, KHAMIS, 05 Julai, 201: Rektor Kolej Universiti Insaniah (Insaniah), Profesor Datuk Dr Jamil Osman (gambar) bersedia melepaskan jawatannya sekiranya diarah oleh Lembaga Pengarah Insaniah atau Pengerusinya yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan selagi arahan tidak dikeluar secara rasmi.

“Saya tidak disuruh letak jawatan, kenapa saya perlu buat demikian. Tetapi jika Menteri Besar selaku Pengerusi Insaniah arahkan saya berundur, hari ini juga saya letak jawatan, kerana saya dilantik untuk tugas itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis MoU antara Insaniah dengan Universiti Islam Yala, Thailand di Wisma Darul Aman.

Jamil juga menyifatkan dakwaan yang mengaitkan dirinya dalam kemelut Insaniah sebagai bukan serangan peribadi, ekoran semua keputusanbabitkan kolej universiti itu, bukan diputuskan beliau, sebaliknya oleh Lembaga Pengarah.

Mengulas mengenai memorandum diserah staf Insaniah, Jamil berkata, perkara itu dibincang dalam mesyuarat Lembaga Pengarah dan mereka putuskan hanya Menteri Besar layak mengulas isu terbabit. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment