My Add

Thursday 5 July 2012

Presiden Czech diberi sambutan negara

*YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah (dua dari kanan) berkenan mengiringi Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus yang diperkenalkan kepada barisan menteri-menteri kabinet dan kenamaan ketika sambutan rasmi di Dataran Parlimen hari ini. Lawatan negara oleh Presiden Republik Czech itu adalah yang julung kali dan bagi memenuhi jemputan Yang di-Pertuan Agong. - Foto BERNAM

KUALA LUMPUR, , KHAMIS, 05 Julai, 2012: Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus yang tiba semalam untuk lawatan lima hari ke Malaysia, hari ini diberi sambutan negara di Dataran Parlimen.

Ketibaan Klaus yang diiringi isteri, Livia Klausova dan rombongan pada pukul 9 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir.

Upacara sambutan bermula dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja. Ini disusuli tembakan meriam 21 das. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment