My Add

Thursday 12 July 2012

Rawatan kepada mangsa ragut ikut garis panduan

GEORGE TOWN, KHAMIS, 12 Julai, 2012: — Hospital Pulau Pinang telah memberi rawatan kepada mangsa ragut yang meninggul dunia semalam mengikut garis panduan yang sedia ada, kata Pengarah hospital itu, Dr. Yasmin Sulaiman.

Masa yang diambil untuk ambulans tiba ke tempat kejadian daripada panggilan diterima ialah 16 minit, katanya bagi menjelaskan laporan akhbar bertajuk ”kelewatan ambulans akibat mangsa ragut meninggal dunia”.

Dr. Yasmin berkata, pihak hospital telah menjalankan siasatan dan mendapati satu panggilan ambulans diterima oleh anggota ”call centre” Jabatan Kecemasan dan Trauma pada pukul 6.34 pagi mengatakan terdapat satu kes terjatuh di Blok J, Jalan Padang Tembak.

Satu pasukan ambulans dihantar ke tempat kejadian pada pukul 6.45 pagi yang terdiri daripada seorang penolong pegawai perubatan, pembantu perawatan kesihatan dan pemandu, katanya dalam kenyataan hari ini.— BERNAMA


No comments:

Post a Comment