My Add

Thursday 12 July 2012

Harga ayam di Tawau cecah RM10 sekilogram

TAWAU, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Kenaikan harga ayam sehingga 20 peratus di daerah ini sejak seminggu lepas menyebabkan pengguna di Tawau meminta pihak berkuasa memantau keadaan itu.

Tinjauan di Pasar Tanjung di sini mendapati rata-rata pengguna menyifatkan kenaikan harga ayam dari RM8 kepada RM10 sekilogram itu agak membebankan lebih-lebih lagi ketika menjelang bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri.

Abd Rajak@Kassim Mohd. Ali, 55, berkata, kenaikan harga ayam sehingga 20 peratus itu tidak wajar dan menganggapnya sebagai cubaan peniaga untuk mengaut keuntungan lebih.

"Saya minta pihak kerajaan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak memandang perkara ini hanya sebelah mata,” katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment