My Add

Sunday 15 July 2012

RM1.4 bilion diperuntuk tingkat taraf hidup rakyat

PADANG SERAI. AHAD, 15 Julai, 2012: Kerajaan serius membantu rakyat yang memerlukan dan untuk itu sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan tahun ini melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, pelbagai program diatur khususnya bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat yang daif, miskin dan kurang berkemampuan, sekali gus membasmi kemiskinan.

“Program ini kelak akan melibatkan lebih 500,000 penduduk di pinggir bandar dan luar bandar," katanya selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Daerah Kulim di Padang Sekolah Kebangsaan Pagar Museh, dekat sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment