My Add

Sunday 15 July 2012

Lombong emas: Bukti kerajaan Kelantan tidak mampu

KOTA BAHARU, AHAD, 15 Julai, 2012: Aktiviti perlombongan emas secara haram yang semakin berleluasa di negeri ini membuktikan ketidakmampuan kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Pas mentadbir negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, apa yang menyedihkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak berbuat apa-apa walaupun mengetahui wujudnya perkara itu.

“Perkara ini patut diselesaikan kerajaan Kelantan sehingga ke akar umbinya. Undang-undang harus ditegakkan. Kalau Menteri Besar tahu kenapa tidak diambil tindakan. Itu persoalannya.

“Ini memang menunjukkan kerajaan Kelantan memang tidak berkemampuan. Kita tidak boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang mengamalkan rasuah. Perkara ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa (segera)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Penggerak Masyarakat Negeri Kelantan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment