My Add

Monday 2 July 2012

Saham Felda Global catat untung dalam dagangan aktif

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Felda Global Ventures, syarikat kedua terbesar di dunia yang diapungkan selepas Facebook Inc, mencatatkan kenaikan dalam dagangan aktif di Bursa Malaysia Derivatif, hari ini. 

Sehingga 4.32 petang tadi, kaunter berkenaan pada RM5.38, naik enam sen daripada Jumaat lepas, dengan 24.72 juta saham diniagakan. Kaunter berkenaan mula disenaraikan pada Khamis pada RM5.39, dengan premium 84 sen berbanding harga tawaran permulaan RM4.55. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment