My Add

Monday 2 July 2012

Kastam rampas RM1.03 juta dadah di KLIA

SEPANG, ISNIN, 02 Julai, 2012: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas 6.55 kilogram (kg) dadah bernilai RM1.03 juta dalam tempoh dua minggu terakhir bulan lalu.

Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Badaruddin Mohamed Rafik berkata, dadah berkenaan dirampas dalam tiga kes penyeludupan berasingan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang membabitkan tangkapan dua lelaki dan seorang wanita warga asing.

Beliau berkata, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, pihaknya berjaya merampas kira-kira 139 kg dadah bernilai RM22.7 juta dalam 35 kes berasingan dengan 25 kes di pintu masuk KLIA.

No comments:

Post a Comment