My Add

Thursday 12 July 2012

Sambut baik cadangan UMNO

Oleh ROSLAH OTHMAN
KUALA LUMPUR, RABU, 11  10 Julai - Persatuan Penduduk Kampung Sungai Penchala (PPKSP) di sini menyambut baik cadangan UMNO Segambut agar Klinik 1Malaysia didirikan di tanah lot kosong bersebelahan Dewan Masyarakat kampung berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Abul Hasan Mohamed Rashid berkata, bagaimanapun penduduk merayu agar kerja-kerja mengubahsuai dewan untuk dijadikan premis sementara klinik itu diteruskan sementara bangunan kekal untuknya disiapkan.

Menurutnya, permintaan itu dibuat bagi memenuhi keperluan penduduk yang benar-benar memerlukan klinik berkenaan.

"Kami amat berterima kasih dan terharu dengan persetujuan Ketua UMNO Segambut, Datuk Kamaruddin Ambok berhubung pembinaan klinik ini.

"Bagaimanapun ada beberapa perkara yang kami mahu jelaskan termasuk fakta berkaitan penggunaan dewan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penjelasan Kamarudin berhubung isu pembinaan Klinik 1Malaysia di kampung berkenaan.

Baru-baru ini Utusan Malaysia menyiarkan rasa tidak puas penduduk berhubung pembinaan Klinik 1Malaysia di kampung berkenaan yang didakwa dibantah individu tertentu tanpa sebarang alasan kukuh.

Menurut Abul Hasan, walaupun dewan itu diubah suai menjadi premis klinik kelak ia tidak akan menjejaskan fungsi dewan itu sebaliknya masih boleh digunakan untuk kegunaan UMNO Penchala Link dan persatuan. - 

No comments:

Post a Comment