My Add

Thursday 12 July 2012

Razali cabar Guan Eng buktikan CAT

PULAU PINANG, RABU, 11 Julai, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar menjalani upacara bersumpah atau ujian mengesan pembohongan bagi membuktikan dirinya tiada hubungan dengan bekas kakitangannya seiring dengan corak pentadbirannya yang sering menguar-uarkan slogan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, sekiranya Guan Eng tidak berani berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa slogan kerajaan DAP Pulau Pinang itu cuma retorik semata-mata bagi mengaburi mata rakyat.

Menurutnya, tindakan tersebut juga perlu bagi menjernihkan maruah Setiausaha Agung DAP itu dan keluarganya.

"Kalau berani, saya cabar dia (Guan Eng) buatlah kerana selama ini dia sering uar-uarkan slogan CAT.

"Buktikan ketelusan kepada rakyat. Tapi mampukah dia buat?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment